Friday, June 11, 2010

26 APRIL - 15 MEI



Bahagian pencawang mengendalikan saluran voltan tinggi iaitu 11kV, 22kV dan 33 kV.  


                    Cable 11 kV sambungan ‘overhead’ (atas tiang)


Terdapat 5 jenis pencawang iaitu pencawang indoor, pencawang outdoor, pencawang atas tiang , pencawang bawah tanah (tidak digunakan di Malaysia) dan pencawang compress up. 

                                                                     Pencawang 33kV

Voltan yang disalurkan dari pencawang ke VCB, Vacuum Circuit Breaker. Ia berfungsi untuk mengumpul, manyalurkan dan menyimpan voltan demi masa kecemasan. Voltan dari VCB akan disalurkan ke ‘feeder pillar’, pencawang dan juga ke VCB yang lain. VCB menggunakan gas sebagai penebat.

‘Feeder pillar’ akan meyalurkan voltan ke rumah dan kedai di kawasan yang berdekatan.

                                                                               VCB 
            
Bahagian dalam VCB → Busbar – menyambung kesemua VCB
                                                → Cable   - ‘incoming voltage’ dan ‘outgoing voltage’

Terdapat juga jenis VCb yang lain yang dikenali sebagai OLU, ‘Oil Link Unit’ yang menggunakan minyak sebagai penebat yang kini jarang digunakan lagi. 

Minyak yang digunakan sebagai penebat

Transformer yang biasanya ada di pencawang boleh mengubah voltan dari voltan tinggi ke voltan rendah (step down transformer) atau dari voltan rendah ke voltan tinggi (step up transformer). Alatubah yang digunakan bagi system pembahagian biasanya ialah yang mengubah voltan dari tinggi ke rendah untuk di alirkan kepada pengguna. Ia akan biasany menurunkan 11kV ke 415V.

Terdapat dua jenis cable voltan tinggi yang digunakan iaitu 3x 150 ( digunakan untuk voltan 11kV) dan 1x 240 ( yang digunakan untuk 22kV).




AKTIVITI 1

SENGGARAAN PENCAWANG

Pencawang elektrik hendaklah dijaga sempurna dengan ini kerja senggaraan hendaklah dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. Rutin (Routine Maintenanace) adalah senggaraan yang dilakukan dengan menggunakan alat-alat pengguji moden dan canggih untuk menggenal pasti kejanggalan pasa sesuatu pencawang seperti ‘over loading’ pada alatubah, dielektrik pada minyak alatubah sudah luput atau VCB yang telah kehabisan gas. Sekiranya terdapat sebarang kerosakkan kecil yang boleh di baiki tanpa membuat ‘shout down’ ianya boleh dilakukan serta merta. Kulat-kulat yang terdapat pada pencawang turut akan dibersihkan. Ia termasuk juga kerja mengecat pencawang.







AKTIVITI 2

MENGGANTIKAN WAYAR YANG LAMA KEPADA BARU

Wayar 3x 150 yang lama dipotong dan digantikan dengan wayar yang baru. Jointer telah dipanggil untuk melaksanakan penyanbungan ini. Penyambungan ini dilakukan di atas tiang. 


AKTIVITI 3

MEMASANG NOMBOR PADA SETIAP PENCAWANG

Setiap pencawang mempunyai system nomboran yang tertentu berdasarkan kawasan yang dimiliki oleh TNB.








No comments:

Post a Comment