Friday, June 11, 2010

5 APRIL - 9 APRIL

SESALUR ATAS VOLTAN RENDAH (SAVR)

1. SAVR adalah kerja-kerja yang dilakukan pada Voltan Rendah (VR) mengikut prosidur, langkah-langkah keselamatan dan jenis alatan yang dibenarkan dalam system TNB. Ia membekalkan voltan kepada pengguna melalui talian atas dan kabel bawah tanah (VR). Kerha-kerja SAVR meliputi:

a) Merentang atau menegang talian baru jenis ANC atau Bare Wire.
b) Menggorek, menanam dan menggantikan tiang kayu kepada tiang konkrik spun.
c) Menyambung talian yang putus.
d) Memasang Black Box atau fius-fius.
e) Membuat dan menanam ‘stay wire’ serta alatannya.
f) Menarik dan menukar servis baru kerumah pengguna.
g) Memasang ‘neutral link dan ‘cut out’ kepada pengguna.
h) Sistem lampu jalan.
i) Menjalankan kerja-kerja ‘Breakdown’.
j) Memotong dahan-dahan pada talian atas (rentis).

Bahan-bahan yang biasa digunakan

i) Penyangkok (J-Hook)

• Digunakan untuk menahan dan menyokong penetap tamatan dan pencebgkam gantungan (suspension clamp).

ii) Pencengkam gantungan (suspension clamp)

• Digunakan pada dawai pengantungan atau neutral bersalut tanpa menyebabkan berlakunya kerosakkan pada penebat.

iii) Penetap tamatan (Dead end Clamp)

• Digunakan untuk menahan tegangan kabel pada tiang tamatan, pembahagian dan tiang sudut dimana sudut peralihannya melebihi 30darjah.
• Terdapat tiga saiz yang dibekalkan bergantung pada saiz dawai penggantungan atau neutral 25mm, 70mm, dan 120mm.

iv) Pengikat nylon hitam (nylon tape)

• Pengikat nylon hitam digunakan untuk mengikat kembali teras pengalir kedawai pengantungan atau neutral disetiap tempat dimana pengalir tersebut terombak keluar daripada gumpalanya apabila pemasangan bahan-bahan dibuat pada talian.
vi) Penyambung Bertebat “Piercing” (Insulation Piercing Conductor) IPC.

• IPC digunakan untuk mendapatkan keterusan sambungan elektrik diantara talian utama dengan pengalir ‘tee-off’. Pelit sesentuh bergerigi yang disediakan dapat menembusi terus pada penebat pengalir bagi mendapatkan sambungan elektrik yang baik tanpa perlu membuan salutan kabel.
• IPC digunakan untuk menyambung pelbagai saiz pengalir fasa dan dawai neutral adalah seperti berikut:

 IPC 185-120mm / 185-95mm
 IPC 185-120mm / 25-16mm
 IPC 120mm / 70mm
 IPC 95-70mm / 95-70mm
 IPC 95-70mm / 25-16mm
 IPC 25-16mm / 25-16mm

Alat untuk menguji ialah

• Test cop
• Voltage indicator (penguji voltan rendah)

Jenis wayar voltan rendah : 3x 185
3x 95
3x 16 (paling banyak digunakan untuk sqmbungan 3 fasa)
1x16 (sambungan untuk 1 fasa)

Terdapat 3 jenis tiang yang biasanya digunakan didalam Tenaga Nasional Berhad untuk menyokong talian elektrik voltan rendah iaitu:

• Tiang konkrit
• Tiang konkrit spun
• Tiang keluli

 9 meter – Digunakan pada talian sesalur utama (main). Kedalam tiang yang ditanam sedalam 1.5 meter (5kaki).

 7.5 meter - Digunakan pada sesalur bekalan (service). Kedalam tiang yang ditanam adalah 1.2 meter (4kaki).

Tiang jenis ini dibentukkan dalam keadaan bulat dan membesar hinga disebahagian pangkal tiang. Terdapat 3 saiz yang mempunyai ukuran yang berbeza iaitu:

i) Tiang yang panjang 9m, garis pusat bahagian atas 140mm dan 260mm untuk bahagian bawah dan mempunyai 5lubang. Berat tiang konkrit ini ialah 400kg.

ii) Tiang yang panjang 7.5m, garis pusat dibahagian atas 140mm dan 240mm untuk bahagian bawah dan mempunyai 5 lubang sahaja. Berat tiang konkrit ialah 320kg.

iii) Tiang yang panjang 7.5m, garis pusat bahagian atas 100mm dan 175 untuk bahagian bawah dan mempunyai 4 lubang sahaja. Berat tiang konkrit ialah 120kg.

Terdapat satu lubang punca sambungan pembumian dibahagian atas yang disediakan pada kedudukan 1.2m daripada hujung kepala tiang dan satu lagi lubang dibahagian bawah pada kedudukan 1.2m daripada hujung pangkal tiang. Lubang-lubang ini digunakan untuk melarikan dawai bumi (untuk memasuk dan mengeluarkan dawai bumi telah disediakan dengan satu dawai pandu yang menghubungi diantara kedua-dua lubang tersebut) semasa kerja-kerja pembumian.



No comments:

Post a Comment